Wednesday, 24 January 2018

Senarai Buku Log Wajib


  1. L. Keahlian
  2. L. Usaha
  3. L. Maju
  4. L. Jaya + Rambu Pengakap Muda
  5. L. Kegemaran - Ahli Renang
  6. L. Kegemaran - (bebas pilih 1 lagi)
  7. L. Pengetahuan - Ahli  Berkhemah
  8. L. Pengetahuan - (bebas pilih 1 lagi)
  9. L. Pengetahuan - (bebas pilih 1 lagi)
  10. L. Perkhidmatan - Petolongan Cemas
  11. L. Perkhidmatan - (bebas pilih 1 lagi)
  12. L. Perkhidmatan - (bebas pilih 1 lagi)
  13. L. Jaya Diri
  14. L. Kegiatan
  15. L. Kemahiran
  16. L. Eksperdisi
  17. L. Perkhidmatan
  18. Ujian Sikap

Latar Belakang Pengakap SMKC (2018)

SMK Cyberjaya
Persiaran Fauna 2
Zon Flagship 2
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

No. Kumpulan : 43
Daerah             : Sepang

Kuasa Penganjur

Pengetua:
Puan Nurul Aini Chan binti Abdullah

Guru Penasihat:
  • Puan Zamzarina binti Khalid
  • Encik Yahya bin Jaabar
  • Puan Ashikin binti Ahmad
  • Puan Nor Haslinda binti Hashim
  • Puan Wan Noriha binti Wan Hasin
  • Cik Rodiah Mat Rusok
  • Puan Noratiqah binti Ghazali
  • Cik Syafiqa Nur Fatin binti Arshad

Tempat perjumpaan pada waktu kokurikulum setiap hari Rabu:

Garaj Motosikal
SBC 204&205 jika hujan

Format Buku Log

Bahagian Luar
  1. Dibalut dengan sugar paper berwarna hitam.
  2. Mempunyai logo lencana di muka hadapan.
  3. Tepi buku dilabelkan menggunakan tape yang berwarna tertentu.
  4. Mempunyai label yang ditulis tajuk/nama lencana, nama anda dan nombor kumpulan sekolah anda.
  5. Jika mampu, sila membalutkan buku log anda dengan pembalut buku supaya tidah mudah rosak.
Warna label:
Pengakap Muda    : Hijau
Pengakap Remaja : Merah

Isi kandungan


SEMUA gambar rajah yang terdapat dalam buku log anda AMAT DIGALAKKAN untuk melukis dan mewarnakan secara tangan bukannya print-out.

Sebelum anda memulakan nota buku log, mesti lah dimulakan dengan:
  1. Logo Persekutuan Pengakap Malaysia & Pengakap Sedunia
  2. Indeks
  3. Sijil (tampal salinan sijil)
  4. Maklumat asas*
  5. Maklumat Kepengakapan*
  6. Maklumat Waris & Alamat Perhubungan*
  7. Lencana & Skim
  8. Rukun Negara
  9. Persetiaan Pengakap
  10. Undang-undang Pengakap
  11. Lagu Negaraku
  12. Lagu Negeri
  13. Lagu Pengakap
Setelah menulis semua yang dinyatakan di atas, barulah memulakan nota anda.
*bahagian 'Biodata"

============================
Contoh cara menulis bahagian 'Biodata'

Indeks:
Bil,Tarikh, Perkara, Catatan

Maklumat Asas

Nama Penuh             : Ali bin Abu
No. Kad Pengenalan : 001010-10-XXXX
Tempat Lahir            : Petaling Jaya, Selangor
Tarikh Lahir              : 10 Oktober 2000
No. Telefon Bimbit   : 012-XXX XXXX
Alamat e-mel            : ali@contoh.com
Alamat Surat Menyurat : 10 Jalan XX
                                         Taman XX Jaya
                                         46100 Petaling Jaya
                                         Selangor Darul Ehsan

Maklumat Kepengakapan

Tarikh Mula Berpengakap : 2012
Angka Giliran Pengakap   : BK 00XXX
Nama Patrol                       : Hang Jebat
No. Kumpulan                   : XX (No. kumpulan sekolah anda)
Nama & Alamat Sekolah  : SMK XXXX
                                            (Alamat)
Daerah                               : Petaling

Maklumat Waris & Alamat Perhubungan

Alamat Tetap: 10 Jalan XX
                        Taman XX Jaya
                        46100 Petaling Jaya
                        Selangor Darul Ehsan

Nama bapa   : Abu bin Aziz
Pekerjaan     : Guru
No. Telefon  : 012-XXXXXXX

Nama Ibu    : Safiza binti Amin
Pekerjaan    : Surirumah
No. Telefon : 012-XXXXXXX

Setelah melengkapkan buku log

  1. Menyemak dan memastikan buku log anda telah merangkumi semua kehendak yang dinyatakan dalam skim.
  2. Pastikan muka hadapan buku log mempunyai perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
  3. Balutkan buku log dengan pembalut buku supaya tidak mudah rosak.
  4. Menghantarkan buku log kepada pemimpin (guru) anda.

Undang-undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin-pemimpin, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
9. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya
saya berjanji dan bersetia
yang saya dengan seberapa daya upaya saya
akan:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap.