Wednesday, 24 January 2018

Format Buku Log

Bahagian Luar
  1. Dibalut dengan sugar paper berwarna hitam.
  2. Mempunyai logo lencana di muka hadapan.
  3. Tepi buku dilabelkan menggunakan tape yang berwarna tertentu.
  4. Mempunyai label yang ditulis tajuk/nama lencana, nama anda dan nombor kumpulan sekolah anda.
  5. Jika mampu, sila membalutkan buku log anda dengan pembalut buku supaya tidah mudah rosak.
Warna label:
Pengakap Muda    : Hijau
Pengakap Remaja : Merah

Isi kandungan


SEMUA gambar rajah yang terdapat dalam buku log anda AMAT DIGALAKKAN untuk melukis dan mewarnakan secara tangan bukannya print-out.

Sebelum anda memulakan nota buku log, mesti lah dimulakan dengan:
  1. Logo Persekutuan Pengakap Malaysia & Pengakap Sedunia
  2. Indeks
  3. Sijil (tampal salinan sijil)
  4. Maklumat asas*
  5. Maklumat Kepengakapan*
  6. Maklumat Waris & Alamat Perhubungan*
  7. Lencana & Skim
  8. Rukun Negara
  9. Persetiaan Pengakap
  10. Undang-undang Pengakap
  11. Lagu Negaraku
  12. Lagu Negeri
  13. Lagu Pengakap
Setelah menulis semua yang dinyatakan di atas, barulah memulakan nota anda.
*bahagian 'Biodata"

============================
Contoh cara menulis bahagian 'Biodata'

Indeks:
Bil,Tarikh, Perkara, Catatan

Maklumat Asas

Nama Penuh             : Ali bin Abu
No. Kad Pengenalan : 001010-10-XXXX
Tempat Lahir            : Petaling Jaya, Selangor
Tarikh Lahir              : 10 Oktober 2000
No. Telefon Bimbit   : 012-XXX XXXX
Alamat e-mel            : ali@contoh.com
Alamat Surat Menyurat : 10 Jalan XX
                                         Taman XX Jaya
                                         46100 Petaling Jaya
                                         Selangor Darul Ehsan

Maklumat Kepengakapan

Tarikh Mula Berpengakap : 2012
Angka Giliran Pengakap   : BK 00XXX
Nama Patrol                       : Hang Jebat
No. Kumpulan                   : XX (No. kumpulan sekolah anda)
Nama & Alamat Sekolah  : SMK XXXX
                                            (Alamat)
Daerah                               : Petaling

Maklumat Waris & Alamat Perhubungan

Alamat Tetap: 10 Jalan XX
                        Taman XX Jaya
                        46100 Petaling Jaya
                        Selangor Darul Ehsan

Nama bapa   : Abu bin Aziz
Pekerjaan     : Guru
No. Telefon  : 012-XXXXXXX

Nama Ibu    : Safiza binti Amin
Pekerjaan    : Surirumah
No. Telefon : 012-XXXXXXX

Setelah melengkapkan buku log

  1. Menyemak dan memastikan buku log anda telah merangkumi semua kehendak yang dinyatakan dalam skim.
  2. Pastikan muka hadapan buku log mempunyai perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
  3. Balutkan buku log dengan pembalut buku supaya tidak mudah rosak.
  4. Menghantarkan buku log kepada pemimpin (guru) anda.

No comments:

Post a Comment